Aug 25, 2013

hello , any place to rent ?

pelbagai ayat aku cuba olah
pelbagai kasih aku cuba ungkap 

kosong

mana hilang ?
semua tiada

Ada tempat untuk menyewa ?

private and confidential

Aku mahu jujur tapi aku suka menipu
Kalau aku sedikit lebih jujur dengan diri aku
Aku akan beritahu
Yang apa yang aku rasa sekarang ini hanya perasaan yang aku terhadkan untuk aku walau macam mana aku cuba tapi aku tetap di paras yang sama sebab aku sedang perhatikan dan jaga diri aku

Dan

Kalau kau tetap di situ
Aku tetap di sini menipu .

Aug 22, 2013

Raya 2013

Raya tahun ni macam tahun tahun lepas juga cuma kali ni aku tak ada baju raya untuk dipakai di pagi raya . Kalau boleh dicantum carik jahit baju pendek tak cukup kain sleeveless aku dibuat baju kurung , memang aku dah buat . Untuk sedapkan hati yang raya tahun ini amat meriah sekali .
Aku tak pernah berkira dengan pemakaian baju di pagi raya sebab aku tahu "by the end of the day" aku lah yang akan jadi paling comot hingus terbalik copak capik macam pengemis minta duit raya nanti .
Lumrah Beraya sampai ke petang lah katakan .

Raya tahun ni penuh kekesalan . Tak dihitung pakai jari betapa syahdunya yang aku pendam Raya tahun ini .
Alhamdulillah
syukur ke hadrat Ilahi .
Aku minta yang lebih dari sedikit ,
Yang diberi yang sedikit dari sakit .
Sakit walaupun perih tapi gagahkan juga untuk menyempit .

SELAMAT 1 SYAWAL 1434 !

Aug 6, 2013

jujur , aku suka ?

Sayang ,
kenapa perlu bandingkan ?

Sayang ,
kenapa perlu dinginkan ?

Sayang ,
kenapa perlu simpulkan ?

Sayang ,
kenapa perlu sedihan ?

Sayang ,
Aku perlukan ...

Kau
untuk aku dakap senda gurau tawa gelak maki cinta emosi jiwang kasih sayang cinta bak kita berdua di situ tetap di situ walau ramai memerhati aku tahu kau akan di siti menanti dan perhati setiap gerak geri kita berdua berdiri di setiap bucu kaca mata setiap manusia manusia optimistik sindrom sakit hati walau seinci .


Aug 5, 2013

Definisi Cinta bagi kau ?

Kalau cinta itu semudah macam kau zip seluar , kan dah kahwin dah kau sekarang ni .
Kalau cinta itu semudah Ais Batu Kacang , kan dah buka gerai dah kau sekarang ni .
Kalau cinta itu perlukan pengorbanan , segunung bukit bukau padang pasir lautan di rentasi demi miliki .
Tapi kalau cinta yang dikorbankan itu tidak dilayakkan untuk mendapatkan , apa guna diberi ?

Kejap

Kau cakap dekat diri sendiri ke ?
Tidak .
Aku sedang fikir dari sudut logik .
Kenapa perlu ada manusia seperti ini .
Cinta dengan Tuhan sudah penuhi ?
Atau kau lupa yang kau punya yang itu .

Kalau diberi masa aku untuk diputarkan , perlukan cinta itu diwujudkan walau untuk aku sekali pun untuk menyenangkan hati perasaan limpa hempedu jantung pankreas dan segala organ dalam ini untuk mendapat kegembiraan dan kedukaan seperti ini .
Kalau sesak macam ni baik kau tikam je diri .
Kan dah jadi kerja senang dah begini .