Apr 10, 2013

Esok

Aku tahu esok hari yang selalu aku nanti .
Maaf aku cuba melupakan semua ini .
Noktah .

ke-sebelas

Kenapa kau masih menunggu ?
Sedangkan kau tahu benda itu tak akan pernah terjadi .

Kenapa kau masih menyintai ?
Sedangkan kau tahu benda itu menyakiti diri sendiri .

Kenapa kau mesti memerhati ?
Sedangkau kau tahu benda itu tak akan berubah di kemudian hari .

Bukan ke sepatutnya aku sudah patut pergi ?
Ya, sudah .
Tapi aku tertekan "brek" di pertengahan itu .
Hey , bodohnya kau .
Lepas "brek"
Mati .



Kadang kadang kita rasa kita yang paling pandai sekali .
Padahal kau tidak tahu kau lah yang paing bodoh bangsat sekali .
Kenapa nak hukum lumrah dunia hina jika kau sendiri yang mulakannya sendiri .
Kenapa nak pandai pandai hukum dunia jahat sedangkan yang ligat adalah kau sendiri .
Tak makan saman .
Tak dengar nasihat .
Tak ukur di badan sendiri .
Tak reti dengar bisikan akal tapi dengar bisikan setan semata .
Haaa... kan dah terkena .


Pergi
Bawa diri .
Jangan tunggu lagi .
Sampai bila kau nak begini lagi ?


Pergi
Jauh dari semua ini .
Yang tak jauh lagi .
Yang sebenarnya tak sekejam ini .


Alamak , tertekan "brek" lagi .
Hampa .

Perlu dan Sayang , mana yang kau mahu ?

Selepas berbulan aku berfikir .
I come out with this .
Antara Perlu dan Sayang , mana yang kau mahu ?

Aku tak boleh kalau tak ada tu macam ,
"Aku tak boleh la kalau dia tak ada. Siapa nak mengadu nanti ?"
"Aku tak boleh lah kalau dia tak ada. Siapa yang aku nak bersayang setiap malam nanti ?"
"Aku tak boleh lah kalau dia tak ada. Nanti siapa aku nak text , phone call setiap hari nanti ?"

Begitulah . 
Aku mula berfikir yang mungkin itu yang aku selalu letak dalam akal panjang sampai susah untuk berfikir secara logik sekali .
Sebab itu Tuhan tarik semua itu kerana kau terlampau riak dalam menikmati dunia ini .
 
Tahun pertama dan kedua merupakan tahun berkasih kasihan .
Dimana jerit perit suka duka berkongsi bersama .
Tahun ketiga dan keempat dan seterusnya dua dua mula membuat perangai .
Kau ini lah .
Kau itu lah .
Kau tak text aku selamat malam lah .
Kau cakap kurang ajar dengan aku lah .
Kau kurang ajar dengan kawan kawan aku lah .
Kau tak hormat aku lah .
Itu ini dan Blablabla 
 
Berhenti .
 
Kau patut tahu sebenarnya kau sedang berlakon di pentas yang kau cipta sendiri .
Pentas hak cipta terpelihara sendiri .
Dimana kaulah watak kesemua menyendiri .
Berdiri sendiri .
Kaku .
 
 
 
 


Apr 9, 2013

Strangers .

Selamat Datang .
Anda sedang berada di dalam hati gadis yang dicemari .
Ada apa apa yang saya boleh bantu wahai yang tak dikenali ?

"Saya ingin membuat permohonan untuk memiliki hati ini . Bagaimana boleh saya buat permohonan ?"

Pertama ,
Cuba baiki hatinya yang dilukai ini .

Kedua
Adakah kau sudah bersedia untuk bercinta dengan hati ini ?

Ketiga
Pastikan kau mempunyai insuran mata dan telinga kerana mungkin hati ini memerlukan buat masa ini .

Keempat
Adakah kau datang sebab simpati ?
 
Kelima
Semoga Berjaya .
Kerana bukan senang untuk lupa apa yang pernah terjadi .

Trauma ?
Masih ada .
Bodoh
Masih simpan .

Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami .
Sila kembali dengan hati yang bahagia .

Bercinta dengan mimpi

Setiap hari aku bangun bermimpikan perkara sebegini .
Aku syak benda macam ini cuma berulang dua tiga kali .
Tapi dah melarat berhari-hari
"Apa lagi kau nak ni wahai hati?"
monolog dalaman

Kadang kadang aku rasa macam bercinta dengan mimpi .
Sebab kau akan rasa syurga di sini .
Kadang kadang aku rasa tidak mahu kembali .
Sebab kau akan rasa happy gila YaRabbi .
Tapi itu semua hanya mimpi .
Kau kena ingat itu wahai makhluk ilahi .

Mimpi kita terlalu indah untuk dikecapi .
Bahagia sampai tak jejak tanah sekali .
Nampak tak aku happy di sini .

Jangan kejutkan aku please .
Aku perlukan mimpi ini lagi .

Jatuh katil .
Bodoh
Hampa lagi .

Sedapkan hati


Kalau boleh aku toreh kan hati ini
Buang kan segala janji dan benci yang kau beri 
Mungkin aku dah bergerak sekarang ini .

Kalau boleh aku kopek kan otak aku ini
Buang kan segala kenangan bercelakakan janji ini
Mungkin aku dah bergerak sekarang ini .

Tapi tidak .
Perkataan "kalau" itu hanya penyedap diri .

Apa nak buat bagi hilang semua sakit ini ?

Ambil pisau .
Campak pisau .
Panjat Balkoni .
Turun Balkoni .
Hentak kepala .
Tahan guna tangan .

Hampa
Bodoh apa kau ni nak buat semua ini ?