Jul 21, 2013

I can't "brain" this

satu pertiga dari kamu ungkapkan "I LOVE YOU" tanpa segan silu .
empat perlima dari kamu ungkapkan-nya untuk bergembira .
satu dari itu dari kamu kamu dan kamu ungkapkan-nya dengan lagak yang penuh di dada .

Hey lah kamu .

Apa yang kamu dapat ?
Bagi kamu " I LOVE YOU" bermaksud aku cinta mati sama kamu . Jangan kamu tinggalkan aku tanpa pesan . Jangan kamu lupa text/call aku setiap masa . Selalulah hubungi aku . Pandanglah kamu ke sekeliling tapi tetapkan mata dan hati kamu pada aku . Seluruh kamu adalah milik aku dan seluruh aku adalah milik kamu . Gunakanlah aku . Tunjukkan lah aku . Aku tetap di sini . Di sisi kamu .

Apa bodoh ini ?
"pause"

Bukan bodoh . Aku patut faham yang aku berfikir begitu di zaman bodoh dahulu .
Sekarang zaman apa ? Zaman pandai ?
Tak
Aku gelarkan sekarang zaman upper-age . sigh !

Tetapkan diri .
Muhasabah kan pada diri .
Cinta dan Sayang itu abadi sekali .
Cuma patut diberi
Pada yang Maha Pemberi .
Ingat .

"I LOVE YOU" bukan bermaksud cinta sampai mati
"I LOVE YOU" bagi aku bermaksud kau tetapkan diri dan kembali pada Iman kita yang satu ini .
Tunjukkan jalan aku yang kau rasa sesat ini .
Berikan aku nafas yang kekal abadi
Kalau boleh , moga ia kekal sentiasa hingga ke Jannah itu kita tujui .


Nota Kecil ,
. I LOVE YOU .

Cuma

Aku kupaskan kau satu persatu
Aku canangkan kau berita seluas lautan itu
Aku berikan kau satu pertiga dari jasadku
Aku tonjolkan keikhlasan dalam diriku
Aku pasat dalam diri bahawa kau yang satu itu

Tapi

Yang aku minta CUMA satu

Kau tetap di situ
Menunggu
Tunggu
Berdiri
Diri

CUMA itu .

Jul 10, 2013

Selamat Datang 1 Ramadhan 1434 (10 Julai 2013)

Aku mohon kepada Tuhan
Minta ditarikkan aku andai tiada lagi keperluan
Aku mohon kepada Tuhan
Minta dibodohkan aku andai tiada lagi kepandaian
Aku mohon kepada Tuhan
Minta ditutupkan segala perasaan
Aku mohon kepada Tuhan
Minta diperluluskan segala permintaan aku ini .

Tapi...

Tuhan itu tidak kedekut
Tuhan itu maha adil

Aku minta yang hura hara
Dia beri aku yang ala kadar
Aku minta yang tak tentu dapat
Dia beri aku yang aku pasti dapat .

Alhamdulillah

Selamat Datang hey you ,

Jagalah diri ini .
Jagalah hati ini .
Sedikit maklumat diberi .
Dia seorang yang garang diluar tapi sangat manja di dalam demi segulung kasih sayang .
Kasihan kan ?
Kasihan mendapat orang seperti ini yang simpati "kasih dan sayang"

Hey you,
Jangan kau cubit walau sedikit
Jangan kau toleh walau sedetik
Kerana aku adalah panoramamu yang kecil itu



Jun 13, 2013

With the regards ,

With the regards, 
Aku akan tamatkan kisah cinta acah acah sampai mati .

I know someone is currently watching me here sebab may be dia confident gila aku akan rajin untuk tulis pasal dia. But well sayang, I guess, not this time okay .

Dah lebih beberapa bulan. Tak ingat. Sepatutnya, saat ni aku masih lagi meratapi. Menangisi, mengenangkan benda yang sama. Sebab selalunya sepanjang on and off macamtulah. Habis semua puisi, habis lagu cinta paling sedih. Mengenangkan 4 years wasted. Tapi syukurnya, aku masih kuat. Masih tak mati. Masih waras.

Masa mengubah. Kita diubah. Semua berubah.

Aku tak mahu lagi cakap tentang ni. Dan tak ada lagi yang perlu diingatkan. Sikit pun aku tak kesalkan. Sebab bila aku rindu, kenangan tu semua automatically mati. Memang aku rasa rugi sebab apa yang aku dah bazirkan selama ratusan hari tu. Tapi yang pasti aku tak akan patah balik lagi untuk beri peluang yang sekian juta kalinya. Aku tak akan patah balik untuk kutip kau dan sedarkan yang kau buat salah. Aku tak akan patah balik untuk abdikan diri untuk lelaki yang tak boleh membimbing. Aku janji.

Cinta tu memang. Buta. Pekak. Bisu. Bodoh.

Jun 10, 2013

kata

"Kenapa kau perlu menyesal ? Kita pernah buat seks ke ? Kau hilang dara ke ? "

Kalau kau seorang lelaki yang tulus kenapa pengakhiran kata ini yang kau putus ?
Kalau kau seorang lelaki yang utuh kenapa perkataan ini yang kau tulis ?
Kalau kau seorang lelaki yang lulus (islam) kenapa pengakhiran kata ini yang kau tonjol ?

Hebat kata kau
Nak tunjukkan kau yang paling betul
Hebat permainan kau
Nak tunjukkan kau yang paling umph !

Tahniah
Semoga kau maju jaya di situ

Ditenyeh-Nya Simpati

Selamat Datang wahai simpati
Kau sedang bermain dengan Api
Tak perlu kau ludah tenyeh perasaan ini lagi
Tak cukup ke dengan apa yang kau caci selama ini ?
Aku cuba untuk bangun dengan sekerat ini
Kau mahu tibai aku lagi ?

DASAR MANUSIA TAK KENAL HATI DAN BUDI !