Jun 6, 2013
DELETED
Aku
Tolong hapuskan semua perasaan ini
Tolong hapuskan semua kenangan ini
Tolong pelihara air mata dari mengalir tak tentu begini
Tolong buang semua ingatan yang mengingati
Tolong lupakan
Kau
Cukuplah menyakitikan diri
Cukuplah sakitkan orang lain lagi
Cukuplah mengingatkan orang kembali
Cukuplah menunjuk apa yang kau ada semua ini
Kenapa perlu kembali dan mengungkit benda yang sama lagi ?
Rindu ?
Bodoh tahap cipan aku bagi
Kau tak layak untuk semua itu lagi
Kerana kau sudah aku campak macam tahi yang keji
Maaf
Aku sudah jadi "Addicted to Anger"
Oh ! tidak .
Kenapa perlu aku ulangkan kata "MAAF" sedangkan kau tak pernah ungkapkan sejak itu lagi
Hanya kata keji yang kau mampu beri
Sebab kau terlampau bermegah diri dengan apa yang kau ada sekarang ini
Semoga berbahagia itu yang aku ungkapi
Tiada kata manis yang mampu aku bagi lagi
Lah !
Apa lagi kau mahu lagi ?
Kan aku dah beri apa yang kau mahu selama ini .
Pergi kau menagih semua simpati
Kerana aku tak perlukan simpati kau dan gadis itu lagi
Keji YaRabbi jika itu yang kau mahu beri
Aku tak perlukan perkara yang belum pasti
Sebab aku tahu Tuhan sedang mengatur hidupku dengan sempurna sekali
InsyaAllah setiap perkara ada hikmat yang tersirat sejak azali lagi .
Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment