Mar 24, 2013

benci


Macam mana kebencian boleh di pupuk ? 

Senang

Fikir

Fikir lagi

Dan masih berfikir

Kalau kebencian itu boleh dipupuk sejak dari kecil , telah aku lakukan lama dah .

Benci terhadap kaum seperti ini .
Benci terhadap perjanjian manis .
Benci kepada kenangan .

Tapi aku masih begini , rapuh .

Bodoh ? Ya , aku tahu .
"Mulut kata benci tapi hati masih begini"

Duduk dipenjuru , sendirian .

Apa yang aku capai ?
Sakit hati . 

Mar 23, 2013

words !



"Mungkin, ada masa Tuhan buat kita jatuh cinta bukan untuk sampai ke penghujungnya tapi untuk menimba pengalamannya . "

Minda dan Hati


Kenapa ungkitan lama perlu di beri kalau hati berniat untuk menyakiti ?

Cakap sana cakap sini tapi habuk pun tak ada . Yang tinggal hanya sakit sendiri .
Tak perlukan penjelasan kalau benda itu dah terjadi .
Kenapa sekarang ?

Apa yang di pinta cuma sekelumit simpati .
Cubalah jaga hati ini .
Hanya sedikit untuk diberi .
Aku tak minta yang hakiki .
Tapi pergilah dengan sendiri .
Kau telah aku campak sejauh dari sekelumit hati dan berharap tidak kembali .

Kalau setiap hari nak bercinta bagai nak mati di laman sosial itu ini pun macam nak minta kaki . Minta hulurkan sedikit simpati untuk menjaga hati ini .

ke-enam

Diam

Diam

Diam

Aku perlukan tidur . Monolog dalaman aku .

Tepuk bantal "Mana kau nak pergi kali ini ? Andai jodohku yang betul yang bakal kau temui , pastikan aku dapat temuinya dalam keadaan yang di lengkapi . Hapuskan segala rasa sayang dan cinta itu kepada orang lain . Hapuskan perasaan sakit itu secepat mungkin . Itu maksud di lengkapi aku."

Tutup mata

Masih wajah itu yang muncul . Samar . Gelap dan gembira .

Buka mata semula

Toleh ke kanan , "Ya Allah kau perkuatkanlah hati ini. Jangan direbah kan sekali lagi . Jadikan ini yang terakhir buatku"

Menitik . Sekali lagi bantal dibasahi tangisan.




Mar 22, 2013

ke-lima



Riwayat tentang sang hawa yang pergi menyelamatkan percintaan semua orang termasuk rakan rakannya dengan "positive vibe" yang dia ada tapi bila dia sendiri yang terkandas

Kaku

Diam

Sentak

Kalau boleh di pusingkan masa , aku akan tanya pada dia kenapa kau buat begitu di masa hadapan nanti ? Kalau boleh .

Dulu , kalau orang perkatakan tentang "lelaki semua sama je"
Aku akan menolak membangkang habis habisan sebab bagi aku tidak sebab pada masa itu lelaki aku lah yang paling setia hebat paling gagah dan paling tak kurang sayangnya dari aku .

Sekarang bila diri sendiri dah terkena , aku dapat rasa orang berkata

"Padan Muka"

Setiap hari aku bermohon yang suatu hari nanti dia akan baca coretan aku ini tanpa mengetahui siapa yang aku coretkan dan siapa penulisnya . Itu du'a aku setiap hari sebab aku tak pasti aku dapat menghadapi perkataan

"Padan Muka" sekali lagi .

Sabar

A : Kau nak marah marah ni kenapa ?

B : Aku bengang dengan mamat acah acah bagus dalam kelas tu suka sangat berlagak bagai . Aku baling kerusi nanti senyap terus !

A : woi woi woi chill lah weh . Sabar Sabar Sabar Sabar lah . Biar je lah dia nak buat apa pun .

B : haih (sigh big big sigh)

Dah lama aku nak tahu apa defini "sabar" ini .  Defini "sabar" ini kau patut teroka lebih sebab aku tak rasa ada manusia yang faham apa maksud perkataan itu apatah lagi nak buat .

Ibarat kau cakap masuk telinga kanan , keluar telinga kiri sahaja .
Kalau fikir melalui logiknya walau macam mana pun kau suruh/cakap dekat orang tu suruh sabar tapi akhir sekali tetap sama . Masih macam itu , memaki dan meronta .

Perkara biasa .
Aku definisikan perkataan "sabar" ini adalah "letakkan diri kau dalam diri dia dan kau faham dan rasa sendiri apa patut kau rasa "

Amarah ?
Gembira ?
Suka ?
Fikir sekali lagi .

Aku kata "letakkan diri kau dalam diri dia , kasut dia , pakaian dia , seluar dia "fahamkan apa yang patut dia rasa itu patut atau tidak . Dan selepas itu perkataan yang patut keluar dari mulut kau bukan "sabar" .

Mungkin...

Caci makian juga . Tapi itu boleh dielakkan

Bagi aku , aku akan akhiri dengan

"Aku tahu kalau aku suruh kau sabar , itu benda paling susah kau nak buat pada waktu ini sebab dalam keadaan kau yang macam ini dan aku tak rasa apa yang kau rasa tapi ingatlah yang apa yang berlaku itu ditentukan olehNya . Ingat yang kita sentiasa diperhatikan . Dan ingatlah yang Tuhan sedang berbicara dengan kau jikalau kau diuji sebegini rupa"

Itu yang aku pantulkan daripada keluarnya perkataan "sabar" sebab aku tahu perkataan itu tak akan membantu . Begitu juga dengan kata kata yang aku katakan di atas ini akan tetapi "it somehow ease your mind by thinking of the words given"

Bye . Hambar