A : Kau nak marah marah ni kenapa ?
B : Aku bengang dengan mamat acah acah bagus dalam kelas tu suka sangat berlagak bagai . Aku baling kerusi nanti senyap terus !
A : woi woi woi chill lah weh . Sabar Sabar Sabar Sabar lah . Biar je lah dia nak buat apa pun .
B : haih (sigh big big sigh)
Dah lama aku nak tahu apa defini "sabar" ini . Defini "sabar" ini kau patut teroka lebih sebab aku tak rasa ada manusia
yang faham apa maksud perkataan itu apatah lagi nak buat .
Ibarat kau cakap masuk telinga kanan , keluar telinga kiri sahaja .
Kalau fikir melalui logiknya walau macam mana pun kau suruh/cakap dekat orang tu suruh sabar tapi akhir sekali tetap sama . Masih macam itu , memaki dan meronta .
Perkara biasa .
Aku definisikan perkataan "sabar" ini adalah "letakkan diri kau dalam diri dia dan kau faham dan rasa sendiri apa patut kau rasa "
Amarah ?
Gembira ?
Suka ?
Fikir sekali lagi .
Aku kata "letakkan diri kau dalam diri dia , kasut dia , pakaian dia , seluar dia "fahamkan apa yang patut dia rasa itu patut atau tidak . Dan selepas itu perkataan yang patut keluar dari mulut kau bukan "sabar" .
Mungkin...
Caci makian juga . Tapi itu boleh dielakkan
Bagi aku , aku akan akhiri dengan
"Aku tahu kalau aku suruh kau sabar , itu benda paling susah kau nak buat pada waktu ini sebab dalam keadaan kau yang macam ini dan aku tak rasa apa yang kau rasa tapi ingatlah yang apa yang berlaku itu ditentukan olehNya . Ingat yang kita sentiasa diperhatikan . Dan ingatlah yang Tuhan sedang berbicara dengan kau jikalau kau diuji sebegini rupa"
Itu yang aku pantulkan daripada keluarnya perkataan "sabar" sebab aku tahu perkataan itu tak akan membantu . Begitu juga dengan kata kata yang aku katakan di atas ini akan tetapi "it somehow ease your mind by thinking of the words given"
Bye . Hambar
No comments:
Post a Comment