Mar 27, 2013

Future memories

Bila aku dah rasa tiada apa untuk di tulis lagi.
Inilah perasaan yang aku beri .
Aku dah give up ni .
Patah hati .
Kecewa hati siapa nak ubati ?

Jangan kata aku tak ingat Tuhan .
Tapi ini perasaan hati dan diri sendiri .
Tak terkawal oleh sendiri .
Sabar pun belum tentu boleh "heal-kan" hati ini .

Mana nak campak perasaan ini ? Jerit batin wahai sang puteri .

Nak terima kenyataan sama macam kau letak gula dalam cuka bagi rasa "uhmm" sekali .
Sama juga masa kau paksa diri telan susu full-cream yang kau tak pernah minum sejak tamatnya zaman barbie .
Kau paksa diri demi satu nyawa yang ditiupkan kepada kau ini .
Sebab kau sayang .
Sebab kau tahu akan ada suatu masa kau akan pulih dengan berlipat kali .

Percaya .

Begitu lah memperkuatkan diri setiap hari .
Air mata pun dah tak mahu turun lagi .
Mungkin dah turun harga sejak akhir akhir ini .
Kalau begitu , mungkin aku punya air mata yang paling murah sekali .

Mengeluh .

Wahai mata , bertahanlah selagi mampu kerana aku tahu kau akan jadi paling kuat selepas ini .

Orang kata , lepaskan lah pergi .
Sudah .
Aku sudah pun lakukan itu .
Meh sini , kau trylah sendiri bolehkah kau kuat , gagah dan berani untuk bangun sekelip mata macam itu sekali .
Bukan tak pernah cuba , cuma aku gagal berlipat kali .

Pesan Mak
"Jatuh sekali , akan bangkitkan diri ini lagi berlipat kali"
Tapi kalau yang jatuh berlipat kali , macam mana dengan bangunnya aku nanti ?
Adakah berlipat kali juga nanti ? 

Hampa .
Buang segala perasaan kepada lelaki .


No comments: