Tidur bukan hobi aku dah . Paksa untuk tidur itu adalah hobi aku sekarang . Setiap malam tutup mata adalah benda yang paling susah dan sentak bagi aku nak lakukan .
Mata di pejam , fikiran melayang ke lain .
Setiap malam aku tepuk bantal dan bermonolog kepada diri sendiri "aku bergantung kepada kau untuk hidup roh makanya Make me Proud . Jangan lah kau merayau pergi ke tempat yang aku mahu lupakan sambil tepuk ke dada sendiri"
Setiap malam .
Malam malam yang sepatutnya indah aku dipenuhi dengan ini .
Sakit ?
Setiap kali dan setiap saat . Nak tahu macam mana sakitnya itu ?
Kau cuba ambil pisau dan toreh paha kau . Itulah sakitnya .
Aku tak pernah rasa macam mana kena toreh pisau dekat peha tapi ini aku rasa sendiri tapi di dalam diri sendiri jauh dari penglihatan kasar aku iaitu
Aku pernah persoalkan kepada diri sendiri "Kenapalah Allah cipta Hati kalau untuk disakiti begini"
Aku pernah bertanya soalan ini banyak kali dalam setiap du'a aku kepadaNya . MasyaAllah aku tahu aku hamba yang kerdil untuk bertanya begitu tapi aku selalu teringin ingin tahu kenapa ?
Itu yang aku di ajar sejak kecil . Kenapa memang selalu jadi soalan aku setiap kali perbualan orang .
Nampak bodoh kan ? Aku tahu sebab aku tak pernah anggap diri aku pandai .
Sedih ?
Jangan . Itu selalu . Move on .

No comments:
Post a Comment