Mar 31, 2013

ke-sembilan







"Berapa lama nak pulih ini wahai hati ?"
Monolog dalaman

Kalau masa pun tak dapat nak pulihkan hati .
Sepatutnya dari dulu aku dah Doa dekat Tuhan jauhkan antara kami .
Adakah kau datang cuma beri aku bahagia sementara , lalu tinggalkan aku dengan duka yang berlipat kali ?
Kalau kuat tak apa juga tapi masalahnya lemah macam minta putus kaki .
Minda pula tak habis putar masa dengan perkara perkara gembira kita berdua bersama .
Nak fikir buruk yang dibenci pun tak mampu lagi .
Lagipun itu pun tak berguna untuk difikirkan lagi .

Jadi yang sebenarnya , tepuk dada tanya selera empunya diri .
Tapi apa yang aku mahu tepuk adalah dada kau dan tanya apa yang kau rasa sebenarnya lelaki ?
Betulkah se-kejam itu kau pergi ?

Bodoh

Bodoh

Kau nak tanya apa lagi ?
Kalau dia jawab Ya atau Tidak , tak ada bezanya lagi .
Sebab dua dua akan beri pengakhiran yang sama juga nanti .
Kau juga sendiri yang terlukakan hati sendiri .
Lagi sekali .
Berapa banyak kali kau nak kalis semua perasaan itu wahai hati ?
Realitinya , tak akan dapat ubah apa apa lagi .

Tapi , aku akan cuba sekali lagi .
Pada masa munculnya yang ditepati .
Yang dijodohi .
Maka itulah masanya nanti .

Boleh ?

No comments: