Mar 24, 2013

Katil Permaisuri

Setiap hari aku dipenuhkan dengan gelak tawa fake yang entah apa apa supaya hari aku menjadi padu dan letih berharap apabila tibanya bulan , aku akan tidur pada waktunya .
Bila penat , ditambah dengan hormon berantakan , emosi yang terlebih cuka , aku cuma mahu tidur tanpa fikir apa apa .

Tapi

Tapi

Rancangan batal . Epic Fail tahap dewa .

Sama ada aku tutup lampu pukul 12 , diam berselimut . Pusing kanan , Pusing kiri .
Bila tengok jam di sisi , sudah 4 jam aku begini .
Tetap mata terbeliak lagi .

Hampa .

Hidup aku akan ditemani dengan sebuah lappy dan mouse ini sebagai peneman diri .
Bila ber-sosialkan diri , ayat yang ditanya pada waktu begini

"Kenapa tak tidur lagi?"

Tersentak . Berfikir . Apa aku nak jawab ini ?
Jenuh di fikir dalam pun tak akan dapat jawapan yang pasti . 
Makanya , ciptalah alasan sendiri .
"Aku baru bangun sebentar tadi"

Bodoh kan kan kan kan ?
Selalu .

Percayalah yang aku sendiri cuba untuk menerangkan kenapa tapi tetap tak temui .

Aku penat . Aku nak rehat . Aku ingat yang aku dah tak perlu berfikir . Tapi benda yang paling aku tak jangka akan terjadi . Tak boleh janji untuk tidak tersakiti . 
Jiwa mati , yang tinggal hanya jasad yang sedang mencari apa yang pasti .

Pergi ke cermin . Tengok susuk tubuh sendiri apa yang kau dapati ?
Muka dah macam baru pulang dari parti Halloween . 

Tapiiiii...

Bolehkah kau tengok kesan luka yang kau dapat ?
Tidak . Dia tak ada di situ . Cari 
Masih mencari . 

Luka itu akan membuat kau kuat . 
Jangan putus asa lagi . 
Jangan tarik diri lagi .

Menangis .
Menangis selagi yang mampu . Buang segala sedih amarah yang pasti dan pastikan tak akan berulang lagi . 

Jangan mati lagi .
Sebab hari esok , kau kena kembali berdiri sendiri .
 

"Kuatkan diriku ini wahai sang pemberi kerana hanya kau yang tak akan pernah meninggalkan aku ini" monolog dalaman .

Selamat malam tuan punya diri .



No comments: