Terjelepuk jatuh aku fikir apa nak jawab soalan macam ini .
Susah lagi nak jawab soalan ini dari soalan tahun akhir universiti .
Process
Process
Kalau lah ada wikipedia yang boleh jawab soalan ini ,
Kan dah senang dah hidup aku macam ni .
Susah sebenarnya nak bangkit dengan sedikit sisa yang masih tertinggal di sini .
Bangun pagi , mengingati
Mandi , mengingati
Makan , mengingati
Tidur malam pusing kanan pusing kiri , masih disitu mengingati .
Soalan yang sering diputarkan diminda sendiri "Kenapa aku yang mesti kau sakiti?"
Kalau siang malam asyik fikir benda yang sama pun payah juga hidup macam ni .
So, aku decide nak hiburkan hati dengan mengingati .
Tapi dengan objektif untuk ingatkan diri .
Supaya tidak terjumpa orang seperti ini lagi .
Hindarkan orang seperti ini kerana akan memudaratkan diri sendiri .
Jaga hati .
Pesan kepadanya kau jangan bermain dengan api lagi .
Jangan asyik fikir macam mana nak kuatkan diri .
Kerana kalau fikir 10 tahun pun belum tentu kau dapat kuat segagah badang yang kau ingini .
Kerana kuat itu datang dari diri sendiri .
Hebatnya kau , kau sendiri .
Sakitnya kau , kau sendiri .
Jatuhnya kau , kau sendiri .
Gembiranya kau , kau sendiri .
Sedihnya kau , kau masih sendiri .
Datangnya kekuatan itu dari kau yang tegak berdiri ini .
Cekalkan diri kerana kau kena fikir yang akan ada suatu hari kau akan berada di atas sekali .
Buat masa ini aku cuma boleh bagi jawapan yang aku masih di sini mengingati .
Tapi sebagai peringatan diri .
Hampa
No comments:
Post a Comment