Apr 1, 2013

April Fool

Berharap yang ini cuma "April-Fool" yang kau tak sedari .
Berharap yang nanti ada lah mamat mamat simbah tepung ke , letup letup belon sana sini cakap fool-you ! You just being fool like crazy .
Berharap ?
Tak akan pernah terjadi .
Kerana harapan itu sudah luntur macam clorox yang kau rendam pada diriku ini .

Pergi kau berambus dari duniaku ini .
Sementara aku masih menghormati .
Selagi ada sekelumit hormat yang masih diberi.
Kerana aku tidak mahu benci bertukar jadi dendam bercelakan janji .
Aku perlukan masa aku semula menyendiri .
Balik ke dunia yang aku tinggalkan demi menyintai .
Aku sedang bangun dengan sekelumit rasa yang kau tinggalkan ini .
Kerana separuhnya telah kau ambil dari diriku ini .

Tak perlu bercerita sana sini siapa yang mulia jika niat kau untuk menyakiti .
Pergi . Tanam . Kuburkan segala hasrat kau ini .
Kerana aku dah tiada perasaan untuk mengetahui itu lagi .
Kerana antara
Kau , Aku dan Dia
Ada yang akan lebih tersakiti .
Fikirkan


Kalau aku boleh pusing masa , aku nak tulis semula segala yang aku korbankan dalam buku tiga lima untuk ingatan di kemudian hari .
Supaya senang aku nak tunjukkan kepada kau apa yang aku beri .
Seperti yang kau lakukan kepada aku sekarang ini .
Tapi ingat yang itu semua untuk apa lagi ?
Muhasabah diri .
Tanya apa yang kau nak dekat aku lagi .
Dan apa yang aku nak dekat kau lagi .

Selamat Tinggal ingatan yang dibuang ke tepi .
Selamat Tinggal March yang menyakiti .
Semoga ini akan jadi yang terakhir buat kau wahai hati .

No comments: