Mar 31, 2013

ke-sembilan







"Berapa lama nak pulih ini wahai hati ?"
Monolog dalaman

Kalau masa pun tak dapat nak pulihkan hati .
Sepatutnya dari dulu aku dah Doa dekat Tuhan jauhkan antara kami .
Adakah kau datang cuma beri aku bahagia sementara , lalu tinggalkan aku dengan duka yang berlipat kali ?
Kalau kuat tak apa juga tapi masalahnya lemah macam minta putus kaki .
Minda pula tak habis putar masa dengan perkara perkara gembira kita berdua bersama .
Nak fikir buruk yang dibenci pun tak mampu lagi .
Lagipun itu pun tak berguna untuk difikirkan lagi .

Jadi yang sebenarnya , tepuk dada tanya selera empunya diri .
Tapi apa yang aku mahu tepuk adalah dada kau dan tanya apa yang kau rasa sebenarnya lelaki ?
Betulkah se-kejam itu kau pergi ?

Bodoh

Bodoh

Kau nak tanya apa lagi ?
Kalau dia jawab Ya atau Tidak , tak ada bezanya lagi .
Sebab dua dua akan beri pengakhiran yang sama juga nanti .
Kau juga sendiri yang terlukakan hati sendiri .
Lagi sekali .
Berapa banyak kali kau nak kalis semua perasaan itu wahai hati ?
Realitinya , tak akan dapat ubah apa apa lagi .

Tapi , aku akan cuba sekali lagi .
Pada masa munculnya yang ditepati .
Yang dijodohi .
Maka itulah masanya nanti .

Boleh ?

Mar 29, 2013

setahun sekali


Selamat Hari Jadi sang empunya diri .
Dengan harapan kau akan senantiasa berdiri teguh seperti ini .
Yakin yang kau akan bangkit berlari dan terus terus berlari .
Kuatkan lah hati supaya tak bertemu atau bertaut dengan orang sebegitu lagi .
Pasrahkan hati dengan semua yang berlaku ini .
Perkuatkan amalan akhirat dengan seikhlas hati .
Kuatlahlah wahai hati .
Murahkan lah rezeki .
Permudahkan segala janji dan amalanmu ini .
Lupakan lah apa yang telah terjadi .
Kerana sesungguhnya ada yang lebih terbaik untuk kau di kelak hari .
Amin

Selamat Hari Jadi wahai , Gadis


Di usia begini Alhamdulillah aku dapat tempuhi pelbagai jerit peri .
Terima kasih sang pencipta diri .

Dua puluh tiga tahun mengajar aku semuanya tapi masih lagi merangkak mencari .
Semoga dipanjang umur untuk mempelajari segala selok belok di pelusuk diri .
Aku di kurniakan keluarga yang lebih daripada yang aku sedari .
Jerit perih , sakit , sedih , gembira perlahan perlahan aku sedari yang mereka sahaja yang akan memahami .
Dikurniakan juga kawan kawan yang lebih daripada yang aku pinta dan sayangi .
Suka duka selalu disitu menanti tak kira jauh atau dekat selalu disisi .

Alhamdulillah

Ini yang aku tak nampak selama ini .
Kerana aku terlampau "attached" dengan mamat yang seorang ini .
Mungkin inilah sebab dia harus pergi dalam hidupku ini .

Alhamdulillah


Malam Ulangtahun yang hambar .
Duduk Pasif di kediaman sendiri .
Setelah dua tahun tak pernah pun celebrate-kan diri dengan semua ini .
Macam sudah menjadi kebiasaan diri .
Tidak mengapa akan tiba suatu hari kau akan sedari .
InsyaAllah

Terima kasih Allah diatas pinjaman yang diberi ini .
Semoga dipanjangkan selagi mampu dan mengharungi segala rintangan ini .
Terima Kasih sebab masih buat aku bernafas merasa nikmatnya dunia ciptaan sementara Kau ini .
Terima Kasih sebab pernah buat aku merasa peritnya jantung berhenti selama tiga saat sebelum ini .
Itu mengajar aku .
Terima Kasih Ya Allah .
Aku tahu yang Engkau sedang menguji umatmu ini .
Amin Ya Rabbal Al-Amin

Terima Kasih di atas ucapan yang berlipat kali .
Hanya senyuman yang dapat ku beri sebagai pengganti diri .

Hambar .

Alhamdulillah

Selamat Malam 29 March 2013


Mar 27, 2013

Senyuman Paling Manis

Aku benci perasaan ,
Bila kau kena senyum paling gembira sekali depan orang yang kau temui .
Padahal hati kau tengah hancur macam celaka nak mati .
Bersepai segala harapan dan senyuman paling gembira sekali .

Dekat situ pun kau dah boleh rasa yang kau mempunyai superpower yang paling hebat sekali .
Aku selalu berfikir begitu dengan harapan dapat pujuk si jantung hati .
Bayangkan kau dan superpower kau berjaya kalahkan semua raksasa yang boleh merobek hati kau ini.
WIN

WIN

WIN

Kau memang hebat .
Ya, aku tahu ini cuma angan angan basi aku .

Abaikan .

Future memories

Bila aku dah rasa tiada apa untuk di tulis lagi.
Inilah perasaan yang aku beri .
Aku dah give up ni .
Patah hati .
Kecewa hati siapa nak ubati ?

Jangan kata aku tak ingat Tuhan .
Tapi ini perasaan hati dan diri sendiri .
Tak terkawal oleh sendiri .
Sabar pun belum tentu boleh "heal-kan" hati ini .

Mana nak campak perasaan ini ? Jerit batin wahai sang puteri .

Nak terima kenyataan sama macam kau letak gula dalam cuka bagi rasa "uhmm" sekali .
Sama juga masa kau paksa diri telan susu full-cream yang kau tak pernah minum sejak tamatnya zaman barbie .
Kau paksa diri demi satu nyawa yang ditiupkan kepada kau ini .
Sebab kau sayang .
Sebab kau tahu akan ada suatu masa kau akan pulih dengan berlipat kali .

Percaya .

Begitu lah memperkuatkan diri setiap hari .
Air mata pun dah tak mahu turun lagi .
Mungkin dah turun harga sejak akhir akhir ini .
Kalau begitu , mungkin aku punya air mata yang paling murah sekali .

Mengeluh .

Wahai mata , bertahanlah selagi mampu kerana aku tahu kau akan jadi paling kuat selepas ini .

Orang kata , lepaskan lah pergi .
Sudah .
Aku sudah pun lakukan itu .
Meh sini , kau trylah sendiri bolehkah kau kuat , gagah dan berani untuk bangun sekelip mata macam itu sekali .
Bukan tak pernah cuba , cuma aku gagal berlipat kali .

Pesan Mak
"Jatuh sekali , akan bangkitkan diri ini lagi berlipat kali"
Tapi kalau yang jatuh berlipat kali , macam mana dengan bangunnya aku nanti ?
Adakah berlipat kali juga nanti ? 

Hampa .
Buang segala perasaan kepada lelaki .


ke-lapan kali



Nak berkarya atau menulis biarlah datang dari hati .
Tapi kalau hati dah penuh dengan benci dan patah hati , memang lagi memenatkan diri menulis itu ini.

Mengeluh .

Membenci dengan tahap paling tinggi .
Ditambah pula dengan patah hati yang berlipat kali .
Diisi dengan curahan janji janji manis yang pergi macam itu sekali .
Diperasakan dengan cinta baru yang bajet bajet happy ending hingga mati .

Jangan tanya kenapa aku membenci sebegini . 

"Ya Allah kalau Engkau boleh buang perasaan benci ini , aku mohon kepadamu sebagai hambamu yang kerdil ini .
Penat melayan perasaan benci setiap hari .
Kalau boleh kirimkan sekali ingatan ini dibuang pergi .
Akan aku merasa terhutang amat budi ."
Monolog dalaman .

Tapi aku tahu itu cuma suatu perasaan yang paling keji dalam diri ini .
Kerana jauh di sudut hati , aku harap aku akan terus mati .

Hambar .


keluhan hati



Aku mulakan dengan ucapan "Bismillah" dengan orang yang ketemukan ini .

Kemudian

Aku sudahkan dengan "Alhamdulillah" mungkin ini bukan jodoh yang aku akan temui dan yang telah Engkau tiupkan kepada sejak aku lahir lagi .

Kemudian

Aku ucapkan  "Subhanallah" diatas dugaan dan rintangan yang Engkau telah berikan kepadaku ini dengan harapan mungkin ada hikmah disebalik semua ini .

Lalu

Aku berjanji dengan "InsyaAllah" akan ketemu orang yang lebih baik lagi suatu masa nanti . Amin